top of page
65952413_1368183046671164_80729623579716

Ibadah umrah merupakan satu ibadah yang melibatkan fizikal, mental dan rohani digunakan secara serentak dan ianya merupakan ibadah  sunat muakkadah atau ibadah sunat yang amat dituntut. Maka kesihatan dari segi jasmani terutamanya amat diperlukan bagi memastikan perjalanan ibadah umrah ini berjalan dengan lancar. Perancangan yang rapi sebelum mengerjakan umrah ini menentukan perjalanan anda semasa mengerjakan umrah itu nanti. Ianya termasuk bagaimana anda memilih pakej umrah yang bersesuaian dengan anda.

 

Pakej Umrah Shahmie merupakan pakej umrah lengkap dan pakej umrah terbaik yang merangkumi perlaksanaan ri=ukun Wajib Umrah di bimbing oleh Mutawwif juga merangkumi lawatan di sekitar Mekah dan Madinah. Anda akan di bawa melawat tempat-tempat bersejarah di samping mengenali lebih dekat sirah Rasulullah dan para sahabat Baginda melalui tinggalan yang ada di sana.Sekiranya anda mencari Pakej Umrah Terbaik dan Murah ,boleh pertimbangkan harga pakej kami dengan pengendali umrah yang lain.

Ibadah Umrah bermaksud mendekatkan diri pada Allah serta meningkatkan kecintaan kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, adalah amat penting untuk kita mendalami, menghayati serta mempraktikkan segala ajaran baginda. Melalui pelaksanaan Umrah, ianya juga merupakan sesuatu yang dituntut oleh baginda. Untuk memastikan keselesaan dalam menunaikan ibadah ini, pakej umrah yang sesuai dengan kehendak, kemudahan serta kewangan adalah amat penting.   

Oleh itu, kami mengharapkan anda juga bijak memilih pakej umrah yang sesuai, dan yang paling penting adalah menggunakan agensi pelancongan yang berkualiti, berpengalaman serta boleh dipercayai agar fokus anda dalam beribadah tidak terganggu dengan hal-hal yang tak diingini. Ada juga tawaran pakej Umrah Murah yang terlalu rendah sehinggakan boleh mempengaruhi keputusan pengguna , sedangkan pakej tersebut tidak wujud ataupun sekadar untuk mengelirukan pengguna sahaja

Di sini kami senaraikan jadual perjalanan pakej umrah yang telah dirancang oleh agensi umrah kami untuk memudahkan anda merujuknya. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda selepas ini.

JomTravel merupakan satu platform yang menggabungkan pakej umrah dari Shahmie Travel & Tours ,Agensi yang mempunyai lesen yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia serta Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR). Travel agent yang mengendalikan pakej ini bukan sahaja sah, malah mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam selok-belok pengurusan umrah. Kami di Jomtravel bertindak sebagai agen pemasaran kepada agensi ini kerana kami percaya, usaha yang baik yang telah dilakukan oleh mereka untuk memudahkan urusan perjalanan umrah para tetamu Allah ini harus dikongsi dan diwar-warkan kepada orang ramai serta kepada anda yang sedang mencari-cari pakej umrah yang berkualiti, dipercayai serta menepati kehendak anda. 

Oleh kerana pelbagai taktik dan cara yang dilakukan oleh mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai travel agent, tetapi mereka tidak berdaftar dengan muassasah (travel agent di Mekah & Madinah), menyebabkan banyak kes-kes penipuan pakej umrah berlaku. Inilah tujuan asal platform ini diwujudkan, bagi membolehkan anda memilih pakej umrah yang sesuai, harga yang berpatutan, melalui agensi umrah yang berkualiti dan terbukti boleh dipercayai.

 

Apa yang penting bagi kami, supaya anda mendapat pakej umrah yang 'transparent' agar mudah untuk menunaikan ibadah dengan selesa, khusyuk, serta dipermudahkan segala urusan. Ibadah umrah dan haji ini merupakan kemuncak kepada keimanan kita kepada Allah. Di izinkan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya dan berkunjung ke rumahNya, merupakan idaman setiap yang menganut agama Islam.

 

Semoga usaha kami yang sedikit ini, dapat membantu para jemaah untuk beribadah serta dipermudahkan untuk mendapatkan pakej umrah yang berkualiti, dipercayai serta diyakini dari segi pengurusannya yang rumit dan pasti menguji keimanan mereka yang menguruskannya. Wallahu a'lam.

bottom of page