top of page

Cadangan Program 4 Hari 3 Malam lawatan ke Bangkok dan Lopburi ( Bunga Matahari) Thailand


Hai Semua , Kami kongsikan cadangan program untuk lawatan ke Lopburi Thailand yang terkenal dengan ladang bunga matahari ( Sunflower )

Ada banyak pilihan kenderaan untuk sampai ke sini, kali ini kami lampirkan perjalanan menggunakan aturan tour private naik bas dan di iringi oleh pemandu pelancong


Hari 1

KUALA LUMPUR – BANGKOK (MM)

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangkok. Setelah tiba di Bangkok, tetamu akan bertolak ke restoran tempatan untuk makan malam, dan ke Asiatique River Front sebelum daftar masuk hotel.


Hari 2

BANGKOK - LOPBURI - BANGKOK (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan bertolak ke Lopburi, yang merupakan ibu kota kedua selepas Ayutthaya, juga dikenali sebagai Monkey Kingdom kerana terdapat banyak monyet dapat dilihat di kota ini. Setibanya di Lopburi, tetamu akan dibawa ke Sunflower Field untuk melihat dan bergambar dengan pemandangan indah bunga matahari yang luas dan mekar. Ia merupakan ladang bunga matahari terbesar di Thailand. Kemudian, tetamu akan bertolak ke Wang Nam Khiao District Flower Park Festival. Pada pameran di festival ini terdapat lebih daripada 100,000 spesies bunga dan tumbuhan dengan lima zon berlainan tema. Kemudian, makan malam di restoran tempatan dan pulang ke hotel.


Hari 3

BANGKOK (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa menyelusuri Chaopraya River dengan menggunakan bot sambil menikmati pemandangan di sekitarnya. Seterusnya, tetamu akan dibawa melawat dan membeli belah di Gem & Leather Center. Selepas itu, tetamu akan dibawa ke Art in Paradise 3D Museum dimana tetamu boleh bergambar dengan lukisan-lukisan 3D yang unik di situ. Kemudian, tetamu akan dibawa membeli belah di Platinum MallMakan malam di restoran tempatan dan pulang ke hotel.


Hari 4

BANGKOK (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan memulakan lawatan ke Grand Palace yang indah di tengah-tengah Bangkok. Seterusnya, tidak sah jika tidak membeli belah di Chatuchak Weekend Market jika sudah berada di Bangkok. Dengan keluasan 35 ekar, ia merupakan salah satu daripada pasar hujung minggu terbesar di dunia dan mempunyai lebih daripada 8,000 kedai. Tetamu boleh membeli pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, seramik, barangan antik, makanan dan sebagainya. Kemudian makan malam di restoran tempatan dan pulang ke hotel.


Hari 5

BANGKOK - KUALA LUMPUR (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel, bersiap siap untuk bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


Untuk pertanyaa dan tempahan bagi pakej Bangkok-Lopburi ini , Boleh KLIK di sini

377 views0 comments

コメント


bottom of page