top of page

Niat Puasa Ramadan – Lafaz Niat Harian / Sebulan (JAKIM)

Terlupa cara lafaz niat puasa Ramadan?

Jangan risau di bawah kami kongsikan lafaz niat puasa harian atau sebulan sebagai rujukan anda.

Sebelum itu, kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1444H buat semua umat Islam di Malaysia.



Maksud Puasa

Puasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“.


Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“.


Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan / Harian

Persoalannya, nak niat puasa setiap malam atau sebulan terus?


Berikut pandangan setiap mazhab akan hal ini.

MAZHAB SYAFI’IE

Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.


MAZHAB MALIKI

Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam.


PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI’IE

Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan.



1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan 


نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 


Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan 

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

 


 

klik sini untuk Badal Haji dan Umrah

 

Syarat-Syarat Niat Puasa Ramadan

Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya.


Antara yang disebutkan ialah:

  1. Al-Jazm (الجزم): yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.

  2. Al-Ta’yiin (التعيين): iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.

  3. Al-Tabyiit (التبييت): menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ riwayat Hafsah R.Anha:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).

Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.


Kesimpulan

Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. 


Adapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.



Niat puasa adalah langkah asas dalam menunaikan ibadah puasa yang dituntut dalam agama Islam. Ia bukan sekadar satu perbuatan fizikal, tetapi juga satu pengukuhan keikhlasan dan pengabdian kepada Allah SWT. Dalam artikel ini, kita akan menggali lebih dalam tentang kemuliaan niat puasa, disertai dengan panduan dari hadith dan ayat Al-Quran yang menyokongnya.

  1. Pentingnya Niat Puasa dalam Islam Niat puasa merupakan titik permulaan yang penting sebelum memulakan ibadah puasa. Sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, "Amalan itu berdasarkan niat, dan seseorang akan mendapat pahala sesuai dengan apa yang diniatkannya." (Sahih Bukhari). Dengan niat yang ikhlas, puasa kita akan menjadi satu ibadah yang diterima di sisi Allah SWT.

  2. Menghayati Makna dan Kekhusyukan Niat Puasa Sebelum terbit fajar pada setiap hari puasa, umat Islam dikehendaki untuk membuat niat dalam hati untuk menunaikan ibadah puasa. Ayat Al-Quran yang mengingatkan kita tentang pentingnya niat adalah, "Dan sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku." (Surah Ta Ha, 20:14). Dengan menghayati makna ayat ini, kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan niat yang tulus ikhlas.

  3. Niat sebagai Pangkalan Kesempurnaan Ibadah Niat yang sah adalah asas kepada sahnya ibadah puasa. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka puasanya tidak sah." (Sahih Muslim). Oleh itu, amat penting untuk mengesahkan niat puasa sebelum memulakan ibadah tersebut. Dengan niat yang jelas dan mantap, kita menjadikan puasa sebagai satu ibadah yang penuh keberkatan dan pahala.

  4. Kesungguhan dalam Menjaga Niat Puasa Dalam menjalankan ibadah puasa, kita perlu memastikan bahawa niat kita adalah konsisten dan tidak terputus. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, "Maka sesiapa yang telah berpuasa di antara kamu pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa." (Surah Al-Baqarah, 2:185). Dengan memelihara niat puasa dari awal hingga berbuka, kita menunjukkan kesungguhan dan keazaman dalam melaksanakan ibadah ini.

  5. Kesimpulan: Meraih Keberkatan melalui Niat Puasa yang Ikhlas Niat puasa adalah langkah pertama yang membawa kita ke arah meraih keberkatan dalam ibadah puasa. Dengan menghayati makna dan kekhusyukan niat, serta mengikuti panduan dari hadith dan ayat Al-Quran, kita dapat menjadikan niat puasa sebagai titik permulaan yang mantap dan berpanduan. Semoga setiap ibadah puasa yang kita jalani diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan kepada diri kita serta umat Islam seluruhnya.

54 views0 comments

Comments


bottom of page